:
PERNYATAAN DASAR


  1. Memberdaya pembacaan Al-Quran di Negeri Selangor berpandukan kepada Riwayat Hafs ‘An ‘Asim menurut Toriq Syatibiyyah.

 

  1. Menekankan pembacaan Al-Quran yang berkualiti dengan mengutamakan makhraj dan sifat huruf, kesempurnaan dengung serta keseragaman bacaan mad serta selamat dari kesalahan Lahn Al-Jaliy dan Lahn Al-Khafiy.

 

  1. Melahirkan para pembaca Al-Quran yang menguasai elemen tajwid, fasohah, lagu, suara, hafaz lancar serta waqaf dan ibtida’.

 

  1. Memberdaya pembinaan latihan Al-Quran kepada enabler (imam-imam masjid dan surau, guru-guru Al-Quran di sekolah, pemegang tauliah D3 (Al-Quran) dan penambah baikan modul mengikut sasaran yang ditentukan.

 

  1. Menyediakan latihan intensif kepada pembaca-pembaca Al-Quran yang berpotensi dan mempunyai bakat khusus dalam mempersenikan Al-Quran.

 

 

  1. Menetapkan kewenangan bagi menegur dengan cara yang sesuai dan wajar terhadap mana-mana individu yang melakukan kesilapan dalam pembacaan, penulisan, penterjemahan dan pentafsiran Al-Quran.

 

  1. Membina kemahiran menulis melalui kaedah Dabt Al-Quran dan Rasm Uthmani kepada semua tenaga pengajar Al-Quran di Negeri Selangor.

 

  1. Memberikan pengetahuan secara asas berkaitan ilmu-ilmu Qiraat terutama Qiraat 10 yang mashur kepada masyarakat Islam di Selangor.

 

 

  1. Menggunakan dan menjadikan kitab Ahkam Qiraat Al- Quran Al-Karim karangan Sheikh Al-Maqari Al-Misriyyah Sheikh Mahmud Khalil Al-Husori sebagai rujukan utama dalam literasi Al-Quran Selangor.

 

  1. Menawarkan kursus jangka panjang dan kursus jangka pendek berkaitan Tajwid Al-Quran serta Waqf dan Ibtida’, Tarannum, Ilmu Qiraat, Ilmu Rasm dan Dabt melalui Akademi Literasi Al-Quran Selangor.