:
PENGENALAN


Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS) ditubuhkan untuk memberi penekanan serius ke arah melahirkan umat Islam berkemahiran membaca dan mengajar, berupaya mengamal serta mampu mempersenikan Al-Quran. Ia ditetapkan bagi memberdaya pembinaan latihan Al-Quran kepada Imam-Imam Masjid dan Surau, Guru Al-Quran di sekolah, Pemegang Tauliah Mengajar Al-Quran D3, Hakim-Hakim dan Peserta Tilawah dan Hafazan Al-Quran.

 

ALAS juga memberi fokus untuk memberdaya pembacaan Al-Quran berpandukan kepada Riwayat Hafs 'An 'Asim menurut Toriq Syatibiyyah. Keutamaan diberikan kepada penguasaan makhraj, sifat huruf, kesempurnaan dengung, keseragaman bacaan mad dan menguasai elemen tajwid, fasohah, tarannum, suara, hafaz lancar serta waqaf ibtida'. ALAS juga memberdaya latihan bagi membina kemahiran menulis kaedah Rasm Uthmani dan Dabtul Quran, selain memberi pengetahuan asas berkaitan ilmu-ilmu qiraat dengan menggunakan kitab-kitab yang muktabar serta menawarkan kursus-kursus berkaitan ilmu Al-Quran.