:
PERASMIAN


Telah dirasmikan pada 9 Oktober 2022 (Ahad) bersamaan 12 Rabiul Awwal 1444H oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan bagi tahun 1444 Hijrah bersamaan 2022 Masihi.

 

Turut hadir ke majlis tersebut Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, Yang Berhormat Dato’ Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, barisan Exco Selangor dan agensi-agensi kerajaan negeri.